Sunday 16 March 2014

Udara Positif Yang Manis

dia masih menjadi dirinya
walaupun seringkali dibenci
malah dicaci oleh durjanaya manusia
di sekelilingnya itu.

dia tak lupa untuk pakai personalitinya
walaupun tidak punya satu pun keistimewaan
malah sedikit pelik jika diteliti
berbanding yang lain.

pada dasarnya setiap manusia itu
yang membenci; dibenci
yang menyanyangi; disayangi
tidak perlu lebih; tidak perlu kurang.

yakinlah dan jangan lupa untuk hirup
udara positif yang manis
kerana setiap manusia itu tetap sama;
sama di mata Pencipta.

:: Puisi ini juga pernah dibaca di slot PoetrySlam KLCallingHangout - Ruang, Subang.

No comments:

Post a Comment