Saturday 12 April 2014

Angan

moga-moga dalam setiap tapak yang aku hayunkan
kau akan disitu untuk aku kejar dan peluk
kerana setiap kali tangan kita tak bersatu
aku sudah rindu.

moga-moga dalam setiap doa yang kau tadahkan
ada aku di bait-bait rayu kau kepada Maha Esa
kerana setiap satu yang indah itu
bukan kita yang rencanakan.

moga-moga dalam setiap puisi yang aku akan tulis
yang bahagia dan manis itu dituju pada kau
kerana setiap satu huruf itu
tergambarkan indahnya kita- dua.

kita, dua- bakal. 
sekarang, aku- angan.

No comments:

Post a Comment