Tuesday 23 September 2014

Kelimapuluh

puisi ke-50 ni aku dedikasikan kepada hati aku
yang tak lelah memendam rasa
dan kebal disakiti

kini
hati aku teguh untuk senyap
senyap dari berperasaan
dan beremosi

hati, kuat lagi
cuma untuk beberapa ketika lagi.

manusia manusia binasa,
pergi mati.

Hutan Rindu

kalau boleh dikepulkan rindu aku ini
sudah  tentu boleh menjadi kepulan awan di langit biru.

kalau boleh dijambakkan rindu aku ini
sudah tentu kau sudah terima bunga tanpa nama atas meja.

kalau boleh dinilai rindu aku ini
sudah tentu aku sudah berharta cuma dengan berasa rindu.

tapi tidak, aku pendam
hati aku ini sering merindu pada yang tak punya isi yang sama
kering kontang.

jadi biarkan aku pendam; diam
sampai penat dan tak berhati lagi.


Monday 1 September 2014

Terlalu Biasa

terlalu biasa untuk sekadar sunyi
dan bila adanya engkau
aku mengharap pelangi.

terlalu biasa untuk sekadar sepi
dan bila tiadanya engkau
bermaharajalela lah aku dan emosi.

terlalu biasa untuk sekadar mengharap
dan bila terkuburnya kita
tiada lagi lena yang dikejutkan.

dan terlalu biasa untuk protes diam
dan memaksa senyum
menghadapi engkau dalam hari-hari.

rupa-rupanya
semua yang indah ini
cuma pura-pura
dan tidak lama.

Saturday 23 August 2014

Hashtag Friendzoned

apa lagi yang engkau cari?
tak terlihatkah engkau aku di sini.

apa lagi yang engkau mahu?
tak terdengarkah engkau aku ingin.

apa lagi yang engkau perlu?
tak cukupkah engkau aku ada.

apa lagi yang engkau nanti?
tak terperasankah engkau aku menunggu.

tetap di sini
bermuram-diam
tapi sayang,
kau cuma manusia tipikal
yang hadir seterusnya dalam hidup aku;
yang cuma ingin sempurna pada luaran
kerana pada dasarnya
tiada cela sanggup kau terima.

mati rasa ini, rebahlah pantas.

Wednesday 20 August 2014

Klisye

seringkali
tersesat dalam pertanyaan
adakah keberadaan kau ini
cuma untuk mengisi ruang waktu kosong
atau ingin kekal selama-lama?

dalam-dalam pada itu juga
tiada jawapan--
sama ada berada pada salah waktu
atau cuma tersedar tika habisnya rasa

ah, klisye untuk aku dengar
"kalau ada jodoh, ada lah"
usahalah, dan ya
aku tetap yakin
kau akan ada
dan tetap manis-mewangi dalam hati
selama mungkin
cuma bukan pada waktu ini.

muncul, tolong?