Wednesday 11 June 2014

Merasa Perasaan

"jangan pergi."
cuma itu aku mahu ungkapkan hari-hari
kerana tiap masa aku makin cinta.

kalau-kalau sudah tertulis kita akan terus menjadi kita
jangan pernah terputus asa
kerana tiap saat aku mula rindu.

maaf kerana cuma menulis di sini
dan tak terlafazkan bila berhadapan
takut-takut aku cuma mencipta angan

aku si perintih puisi--
cuma punya bait-bait untuk buat kau tersenyum
dan kau cuma si pendamba muzik--
selalu buat aku merasa perasaan.


No comments:

Post a Comment