Sunday 3 August 2014

Penjuru Waktu

terima kasih
untuk bahu yang dipinjam
ketika aku perlu untuk berkongsi rasa
untuk telinga yang tak henti menadah
cerita basi bualan sang emosi
untuk tangan yang mungkin lelah menaip kekunci
berbual tentang hidup sesudah yang lain tenang dalam lelap

hidup memang begitu
jadi kekallah menyarung personaliti sendiri;
tisu dan angkuh
tetap antara yang aku akan cari

kerana aku masih akan tetap
mencari kamu di setiap penjuru waktu.

No comments:

Post a Comment