Saturday 23 August 2014

Hashtag Friendzoned

apa lagi yang engkau cari?
tak terlihatkah engkau aku di sini.

apa lagi yang engkau mahu?
tak terdengarkah engkau aku ingin.

apa lagi yang engkau perlu?
tak cukupkah engkau aku ada.

apa lagi yang engkau nanti?
tak terperasankah engkau aku menunggu.

tetap di sini
bermuram-diam
tapi sayang,
kau cuma manusia tipikal
yang hadir seterusnya dalam hidup aku;
yang cuma ingin sempurna pada luaran
kerana pada dasarnya
tiada cela sanggup kau terima.

mati rasa ini, rebahlah pantas.

No comments:

Post a Comment