Thursday 8 November 2012

Nora

Nora masih lagi berselimut sepi
sendirian dalam dunianya sendiri
air mata itu masih mengalir tanpa henti
kalau boleh ditadah mungkin sudah penuh sebaldi
kalau boleh dicurah mungkin cukup untuk bunga mekar
mekarnya bunga itu tak akan mungkin sama dengan perasaan Nora sekarang.

"Apa yang aku dah buat ni?", persoalan yang kerap bermain di ruang minda. Kau pernah nampak bintang-bintang yang timbul kalau kalau kau jatuh dan pening. Itulah, berpusing-pusing di sekitar nya membentuk pusingan bulat. Sebulat cintanya kepada Johan.

Johan: You, we need to talk.
Nora: Why sayang? Is anything wrong?
Johan: I rasa kita patut jadi kawan. Sebab I tak pandai jaga orang. Apatah lagi nak menyayangi you.
Nora: What?
Johan: This is a new experience for me. You're still my first love. I'm sorry. Goodbye.

Nora isi segala masa yang ada itu dengan menangis. Broken-hearted songs berulang-ulang. Tak tahu apa lagi yang mahu diekspreskan. Sedih? Pasrah? Redha? "Mungkin kau dah takde jodoh, kau akan dapat yang lebih baik", itulah ayat yang Nora dengar dari kawan-kawanya. Muak seperti dia muak dengan Tako Tao kalau makan hari-hari.

Kalau Nora ada pilihan
dia akan kembali ke masa yang dia tak kenal Johan
masa yang dia tak punya cinta terhadap cinta
masa yang dia langsung tak hidup dalam kehidupan Johan
masa yang dia menjadi heartless
tapi siapalah dia untuk menolak takdir--dia move on.

3 tahun kemudian..

Nora masih berselimut sepi tetapi tidak terluka
dia masih mengharap untuk temui cinta
cinta yang akan mengheretnya ke alam syurga
syurga perkahwinan yang bahagia
dan dia masih menunggu
kini dia tersenyum
tapi dia masih single.

Johan? Semuanya dia sumbatkan dalam botol kaca dan dia sudah buang jauh-jauh sampai dia lupa di mana.

2 comments:

  1. Johan dia punya fizikal lelaki tetapi bukan segala sifat dan mentaliti seorang lelaki. Dia takut ambil risiko mencintai Nora.
    Minta Nora doa supaya Johan terhantuk kepala dan mengingati Nora kembali. Biar Nora boleh balas semua. Nah, ini ending yang aku pilih kalau aku penulis Nora.

    Tako Tau sedap :'(

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Nina! Muah

    ReplyDelete