Wednesday 14 May 2014

Benci

"manusia itu mana sempurna."
sudah banyak kali diulang-kata
tetapi mengapa diharap kesempurnaan
dan mengkeji apabila sakit hati?

cacilah bilamana kau rasa perlu
kerana semua yang tidak sahih itu
kadang-kala tak perlu langsung dibenarkan

buruknya.

umur hanya angka, ya.
tapi mengapa tidak dimatang dan diselaraskan?

sini, aku masih di sini
mengharap untuk kau berterus-terang
mana buruk aku yang kau benci itu
moga-moga kau tak lupa
dan aku masih akan ingatkan
"manusia itu mana sempurna."

No comments:

Post a Comment