Sunday 18 May 2014

Rugi

kau mahu aku--
tapi kau kerap nyatakan aku tidak sesempurna apa yang kau khayalkan
kau juga perlu aku--
dan aku tak pernah jemu jadi secebis baik untuk kau
tanpa selitkan satu pun ketidaksempurnaan kau
dan tak juga lelah melayan keinginan kau.

cuma berlandaskan sifat kemanusiaan
aku ikhlas untuk kita;
aku gembira untuk kita dua.

hidup ini perlu adil
aku tahu yang aku akan berputus asa terhadap kau; terhadap kita
tapi bukan secepat ini

sekarang aku pergi
moga-moga kau dapat temu dengan gadis khayalan kau
dan aku mahu lihat
selama mana sempurna itu dapat buka hati yang kau tutup untuk yang benar ikhlas ini.

kau rugi-- tapi aku tetap akan pergi
aku juga rugi-- kalau terus bertolak-ansur terhadap manusia yang tak faham erti syukur seperti kau ini.

No comments:

Post a Comment