Tuesday, 20 May 2014

Ke Depan Dan Ke Atas

sekuat mana aku berdiri
akan jatuh perlahan-lahan tanpa penyandar
selama mana aku berjaya
akan sungkur bila-bila tanpa redha.

rebahlah walau berkali-kali
asalkan tidak terus duduk dan tangis
moga kau kuatkan aku, dia dan kita semua
Maha Esa.

jangan berhenti, hati
mari ke depan dan ke atas lagi.

No comments:

Post a Comment