Sunday 18 May 2014

Bukan Perempuan Tipikal

aku bukan perempuan tipikal
yang berhias cuma untuk raih perhatian sang arjuna

aku bukan perempuan tipikal
yang berpura normal untuk dapatkan belas manusia

aku bukan perempuan tipikal
aku perempuan yang berpaut pada puisi
aku perempuan yang berdansa dalam alunan muzik dan gig
aku perempuan yang hyper dan tak bertawa sopan
aku perempuan gemuk dan pendek
aku perempuan yang banyak celanya

biarlah kalau perempuan bukan tipikal ini sendiri--
asal tidak bersama lelaki tipikal yang dimindanya cuma mahu yang sempurna.

No comments:

Post a Comment