Sunday 22 June 2014

Penghujung

pandangan mata itu kosong
pada hari terakhir aku tenung
aku teka itu mungkin perasaan kau yang sekarang.

kita tak lagi berkongsi
dan aku tak mahu jadi yang memulakan
debar teruja akhirnya noktah dilenyap ego.

mungkin aku harus sedia
kerana ini adalah ucap selamat tinggal
yang tak terkatakan secara realiti
tapi dari cara kau aku sudah tahu
yang kau sudah tidak perlu aku
kini aku harus belajar membuang rindu
dan minda negatif tentang kita
yang sudah berhujung ini.


No comments:

Post a Comment