silapnya diri aku
kerana mewujudkan engkau dalam setiap bait-bait puisi
kerana cuma engkau subjek di kotak fikir
dan yang aku mahu engkau kekal--
lama dalam hati
selama aku baca kembali puisi-puisi itu.
kalau-kalau engkau pergi nanti
perlukan aku masih wujudkan engkau
dan menulis secara emosional--
tentang kita
atau beransur dan merintih-rindu?
tapi sekarang aku penat bermain teka-teki
jadi baik kau berterus terang
apa kau mahu tinggal-kekal
atau langkah-pergi?
No comments:
Post a Comment