Tuesday, 15 July 2014

Satu

bukan semua sayang
perlu diharap-balas

bukan semua sedih
perlu dipujuk-simpati

bukan semua ikhlas
perlu ditunjuk-puji

bukan semua dosa
perlu dibual-negatif

bukan semua manusia
perlu dipuja-tawa

semua itu terletak pada satu--
Maha Esa
berpada-padalah.


No comments:

Post a Comment