Monday 14 July 2014

Malam Ini

aku mahu mengenali engkau

aku mahu tahu apa tempat kesukaan engkau
aku mahu tahu apa kopi kegemaran engkau
aku mahu tahu ceritera hidup engkau
aku mahu tahu segala-galanya

aku mahu kenal engkau
lebih daripada orang lain

engkau boleh ambil masa aku
seberapa lama engkau mahu
kerana malam ini--
berlangitkan bulan dan bintang
dan berlatarbelakangkan lagu kumpulan kegemaran engkau
aku mahu engkau untuk tetap-ada
di sebelah aku
sehingga matahari belum memberi cahaya.

No comments:

Post a Comment