Saturday 5 July 2014

Huraian Jiwa

aku berpuisi
bukan untuk menunjuk-emosi
dan mengikut peredaran manusia
cuma perbualan tentang perasaan
yang kadang-kala bisu bila dicerita pada realiti
mungkin juga puisi-puisi aku
bait-bait pembayang
yang apabila kau baca dan kau rasa
puisi itu yang kau akan percaya.

puisi aku bukan puisi untuk diheboh
puisi aku adalah bila aku baca kembali
muncul yang manis dalam minda
dan sedih itu cuba untuk aku lenyapkan
tidak, puisi-puisi ini tidak sehebat mereka
kerana seni itu tiada pada nilaian.

teruskanlah kalau kau masih-mahu
berbisik halus
"kau ni tak habis-habis dengan puisi kau."
kerana itu cuma mulut-mulut yang tak tertutup selagi tidak lelah
dan aku tidak punya telinga-telinga yang mahu lagi mendengar--
cukup.

biar aku cuma merasa huraian jiwa;
biar kita sama-sama merasa huraian jiwa.

No comments:

Post a Comment